ISLAM DAN TIDUR

View previous topic View next topic Go down

ISLAM DAN TIDUR

Post by amirhakim on 2011-01-18, 03:04


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah R.A. bahawasanya Nabi S.A.W. telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan mengantuk ke atas ekonomi dan juga produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1,500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melaporkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur dan kerehatan yang berpatutan adalah ibadah Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata; “Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata; “Benarlah Salman.” (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”
(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah tidur tengahari dan penemuan semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam al-Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk Solat Zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
Sleep Sleep

amirhakim

Posts : 10
Points : 14
Reputation : 0
Join date : 2011-01-18
Age : 25
Location : kuala terengganu

http://amerhakim.blogspot.com/?

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by KakiBongkar on 2011-01-18, 03:08

ya..tidur itu penting..moh kite ke katil

KakiBongkar

Posts : 303
Points : 316
Reputation : 3
Join date : 2011-01-15

http://www.kakibongkar.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by amirhakim on 2011-01-18, 03:13

hahaha..moh ler kiter yop
Sleep Sleep

amirhakim

Posts : 10
Points : 14
Reputation : 0
Join date : 2011-01-18
Age : 25
Location : kuala terengganu

http://amerhakim.blogspot.com/?

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by jabdul rashid on 2011-01-18, 07:23

salah parking tadi tu....

tidur saudara mati....

_________________
Meraban Tapi Berinformasi

blog AUC

jabdul rashid

Posts : 516
Points : 608
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Location : Kuantan

http://ucmitosboy.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by ieda alhabsyi on 2011-01-18, 08:27

tidur lena malam tadi Sleep , bangun pagi sengih ajer dah segar Very Happy

ieda alhabsyi

Posts : 603
Points : 596
Reputation : 3
Join date : 2011-01-10
Age : 32
Location : ipoh

http://www.iedaluvsham.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by cikmOt on 2011-01-18, 09:12

malam tadi pun tidur lena...anaknya bangun sekali jek minta susu

cikmOt

Posts : 821
Points : 825
Reputation : 2
Join date : 2011-01-14
Age : 35
Location : Putrajaya

http://h-n-i.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by iza82 on 2011-01-18, 09:34

Apasal malam tadi aku mimpi credible hulk? pastu kena suluh dengan jam lampu yg ada princess baru nampak hulk tu...
Ni mesti terpengaruh dgn mainan anak aku ni...
Adehh...

iza82

Posts : 374
Points : 379
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Age : 34
Location : Perak

http://azilas.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by ieda alhabsyi on 2011-01-18, 10:02

iza82 wrote:Apasal malam tadi aku mimpi credible hulk? pastu kena suluh dengan jam lampu yg ada princess baru nampak hulk tu...
Ni mesti terpengaruh dgn mainan anak aku ni...
Adehh...

adoii..pengaruh kuat tu kak wehhh..hahahha Smile

ieda alhabsyi

Posts : 603
Points : 596
Reputation : 3
Join date : 2011-01-10
Age : 32
Location : ipoh

http://www.iedaluvsham.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by jabdul rashid on 2011-01-18, 18:13

iza82 wrote:Apasal malam tadi aku mimpi credible hulk? pastu kena suluh dengan jam lampu yg ada princess baru nampak hulk tu...
Ni mesti terpengaruh dgn mainan anak aku ni...
Adehh...
tidur tak basuh kaki tu... Very Happy

_________________
Meraban Tapi Berinformasi

blog AUC

jabdul rashid

Posts : 516
Points : 608
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Location : Kuantan

http://ucmitosboy.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by iza82 on 2011-01-18, 18:18

jabdul rashid wrote:
tidur tak basuh kaki tu... Very Happy

tak de la..
Tiap2 malam MESTI basuh kaki sebelum pijak tilam...
mainan hulk dan jam tu mmg ada pun kat umah, tiap hari anak dok main.
mgkin terbawa2 ke mimpi kot...

Esok nak tgk samada malam ni nak mimpi ulat tak sebab pagi tadi jumpa ulat banyak sgt. Selalunya kalau siang tgk ulat, malam mesti mimpi sampai nangis2....tunggu....

iza82

Posts : 374
Points : 379
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Age : 34
Location : Perak

http://azilas.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by nurul lalala on 2011-01-18, 19:11

terlebih tido pon boleh mengurangkan produktiviti! be moderate ok!!!hehe

nurul lalala

Posts : 25
Points : 29
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 28
Location : selangor

http://luvknewrule.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by atiEy on 2011-01-18, 20:49

oh.. tido.... hehe.

atiEy

Posts : 277
Points : 303
Reputation : 4
Join date : 2011-01-13
Age : 26

http://putrisayangkamu.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by wafiysuzly on 2011-01-19, 02:27

nurul lalala wrote:terlebih tido pon boleh mengurangkan produktiviti! be moderate ok!!!hehe

btul..xdinafikan..tidur yg kurang gak boleh mnyebabkan otak jadi lembab..siyesly..pnah bce dlam satu magazine..tak egt ape die..so..yg still student tu..berpade2 lah yek.. pale

wafiysuzly

Posts : 425
Points : 446
Reputation : 4
Join date : 2011-01-15
Age : 23
Location : pahang

http://wafiysuzly.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by KakiBongkar on 2011-01-19, 03:19

selalu sebelum tido men psp dulu...baru tdo

KakiBongkar

Posts : 303
Points : 316
Reputation : 3
Join date : 2011-01-15

http://www.kakibongkar.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by wafiysuzly on 2011-01-19, 06:40

KakiBongkar wrote:selalu sebelum tido men psp dulu...baru tdo

sy ingat gosok gigi je baru tido.. Razz

wafiysuzly

Posts : 425
Points : 446
Reputation : 4
Join date : 2011-01-15
Age : 23
Location : pahang

http://wafiysuzly.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by ieda alhabsyi on 2011-01-19, 08:08

dulu kalo sebelum tdo wajib baca buku, sehelai pon jadi la, tak tau nape..pastu baru leh tidur Sleep

ieda alhabsyi

Posts : 603
Points : 596
Reputation : 3
Join date : 2011-01-10
Age : 32
Location : ipoh

http://www.iedaluvsham.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by wafiysuzly on 2011-01-19, 08:46

ieda alhabsyi wrote:dulu kalo sebelum tdo wajib baca buku, sehelai pon jadi la, tak tau nape..pastu baru leh tidur Sleep

bangsa mmbace bgsa bjaya kan..hehe,nak cepat tidur..tryla bce buku sejarah..mmg..lpas tu.. Sleep

wafiysuzly

Posts : 425
Points : 446
Reputation : 4
Join date : 2011-01-15
Age : 23
Location : pahang

http://wafiysuzly.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ISLAM DAN TIDUR

Post by Sponsored content Today at 07:59


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum